Pembaharuan Benggala

Pembaharuan Benggala (Benggali: বাংলার নবজাগরণ, rumi: Bāṅlār Nôbôjāgôrôṇcode: bn is deprecated ) adalah gerakan reformasi sosiobudaya bertumbu dalam kalangan masyarakat Benggala pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah Benggala ketika ia masih di bawah penjajahan British pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20.[1] Ia lazim diterajui dalam kalangan penganut Hindu[2] Kolkata[3] yang lebih berpeluang dari segi ekonomi membangunkan seni, falsafah dan banyak jurusan ilmu lain yang mempersoalkan masalah-masalah dialami serata Benggala tidak mengira agama sambil menawarkan penyelesaian melalui pemikiran humanis dan modenis.[1][4] Ram Mohan Roy, seorang guru dan pemikir difahamkan sebagai pengasas gerakan ini kerana keterlibatannya mendirikan banyak sekolah pendidikan moden penting serata Benggala serta mendesak penghapusan aspek aturan masyarakat kolot yang menyisihkan kasta bawahan dan kaum wanita.[5]

Rujukan

WikiPedia: Pembaharuan Benggala https://doi.org/10.2307%2F3517400 https://www.jstor.org/stable/3517400 https://thelawbrigade.com/wp-content/uploads/2020/... https://www.worldcat.org/issn/2454-1273 https://web.archive.org/web/20220205162855/https:/... https://web.archive.org/web/20090626222634/http://... https://core.ac.uk/download/pdf/33413137.pdf http://www.rabindrabharatiuniversity.net/museum/ta... http://banglapedia.search.com.bd/HT/B_0418.htm http://sankalpa.tripod.com/roots/s1benren.html